Thursday, 7 June 2012

Biosinar di Media

Biosinar di Media



Sila hubungi Hotline Sahabat Roselle Marketing,
Encik Yusuf, 0197703029. 


Hotline Kedai SRM Puchong, Encik Azrul atau Encik Shukri
019 7773194


Petikan dan Majalah Lestari - Ogos 2010
 
Kebersihan adalah antara amalan yang terpenting di dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah kerana kebersihan merupakan salah satu daripada tunggak kehidupan yang harmoni dan selesa.

 Di dalam Islam, kebersihan amatlah dititikberatkan dan dikaitkan dengan keimanan seseorang. Selain daripada itu, kita sering diingatkan daripada kecil lagi agar sentiasa menjaga kebersihan walau di mana kita berada. Fitrah manusia memang mementingkan kebersihan dan samada kita sedar ataupun tidak, amalan kebersihan sebenarnya sudah sebati dengan diri kita.

Di dalam amalan menjaga kebersihan, kita saban hari menggunakan berbagai barangan keperluan harian bagi memastikan kebersihan sentiasa di tahap yang memuaskan.

Ini termasuklah berbagai jenis produk penjagaan peribadi (personal care products) seperti sabun mandi, ubat gigi dan syampu mahupun produk cucian harian (household cleaning products) seperti pencuci pakaian, pembasmi kuman (disinfectant), pencuci tandas dan sebagainya.

 Hakikatnya kita dilambakkan dengan berbagai produk dan bermacam-macam jenama yang berlumba-lumba mempromosikan kebaikan masing-masing baik di kedai-kedai, pasaraya serta melalui jualan langsung.

 Bagi jenama terkenal yang kebanyakannya dikuasai syarikat asing pula, kita disogokkan dengan berbagai iklan mereka samada melalui media cetak mahupun elektronik yang lama kelamaan mempengaruhi corak perbelanjaan harian kita.


Sebagai contoh, untuk mencuci pakaian kita telah dibiasakan sejak sekian lama untuk membeli sabun pencuci pakaian, dan pelembut. Bagi kaum ibu pula, selain daripada sabun dan pelembut mereka disarankan juga menggunakan peluntur dan nila untuk baju sekolah anak-anak mereka. Untuk kotoran degil seperti daki di kolar baju serta kesan darah dan tompokan bahan makanan seperti serbuk kunyit dan kari, pengguna diseru menggunakan penyahkotoran degil (stain remover). Tidak cukup dengan 5 bahan tadi, pengguna disarankan membeli kanji pakaian (ironing aid) pula untuk digunakan semasa menggosok pakaian. Soalnya sekarang, apakah bahan-bahan ini semua benar-benar perlu?
Mari kita lihat sepintas lalu perbelanjaan yang terpaksa ditanggung pengguna demi membeli kesemua bahan-bahan yang disebut tadi – sabun, pelembut, peluntur, nila, penyah kotoran degil serta kanji pakaian. Tinjauan rambang di beberapa buah pasaraya besar telah memberi kami maklumat yang tertera di dalam jadual yang
berikut:

Bil. Bahan Harga seunit (RM)
1. Sabun konsentrasi tinggi 9.90
2. Pelembut dan pewangi 10.00
3. Penghilang kotoran degil 11.40
4. Peluntur 6.45
5. Kanji pakaian 5.85
Jumlah perbelanjaan 43.60

Nah, kalau diikutkan pengguna disarankan berbelanja lebih daripada RM40 sebulan untuk semua bahan-bahan di atas. Paling tidak pun anda berbelanja RM19.90 sebulan untuk sabun dan pelembut. Anda telah dididik oleh jenama terkemuka agar menggunakan kesemua bahan-bahan di atas untuk mendapat cucian yang dikira sempurna. Sebagai contoh, tanpa pelembut pakaian yang kering akan menjadi keras dan berkedut serta susah digosok. Begitu juga kolar baju yang kotor perlu dibersihkan dengan penyah kotoran degil sebelum dibasuh. Namun anda perlu juga menyental kotoran yang degil kerana lazimnya kesan yang kotor memang susah tanggal lebih-lebih lagi jika ianya adalah minyak hitam, dakwat pen atau kicap. Kadang-kadang kotoran tersebut kekal walaupun telah disental dan dibasuh berkali-kali. Mengapa ini berlaku? Bila diiklankan di dalam televisyen dan radio, semua kotoran hilang tetapi realitinya indah khabar dari rupa! Ada juga baju yang luntur warnanya dan koyak dikolar akibat selalu sangat disental untuk menghilangkan daki. Bila direndam, acapkali pakaian berbau busuk dan terpaksa dibilas berkali-kali untuk menghilangkan bau busuk tersebut. Kita juga sering mendengar pengguna yang merasa gatal-gatal dan seterusnya mendapat ruam kerana kulit mereka agak sensitif dan mudah mendapat alahan jika terkena sabun tersebut.

Hakikatnya ...

Sebenarnya samada kita sedar ataupun tidak, kita telah dilatih dan dimomokkan untuk kesekian lamanya oleh syarikat-syarikat barangan pengguna yang besar agar berpegang kepada kebiasaan yang berikut:

1. Buih yang banyak lebih elok untuk cucian yang bersih;
2. Lebih elok gunakan sabun yang banyak dan murah untuk mendapat nilai maksima;
3. Perlu menggunakan sabun, pelembut, peluntur, penghilang kotoran degil dan kanji untuk kebersihan yang ketara.
Kami telah membuat tinjauan di kalangan para pengguna dan mendapati ramai orang tak kira lelaki atau wanita, tua dan muda yang percaya bulat-bulat kepada ketiga-tiga kebiasaan yang disebutkan di atas, walaupun pada masa yang sama ramai pula yang merungut tentang kualiti cucian yang tidak memuaskan. Begitulah hebatnya pengaruh iklan ke atas kita – walaupun produk tidak memuaskan kita masih membelinya kerana kita diberitahu itu sahaja pilihan yang ada. Adakah ini benar? Pengguna tiada pilihankah?
Sebenarnya tanpa disedari kebanyakan pengguna telah melakukan pembaziran yang amat besar apabila percaya syarikat-syarikat besar ini bulat-bulat! Bukan sahaja wang ringgit yang banyak dibelanjakan, malah pakaian taklah sebersih mana walaupun penat kita menyental. Pakaian juga lebih mudah reput dek penggunaan sabun yang terlalu banyak kerana pengguna ghairah sangat mahukan buih yang banyak.
Sebenarnya kebanyakan sabun yang ada di pasaran menggunakan kurang daripada 50% bahan aktif yang diperlukan bagi memberikan cucian yang benar-benar berkesan. Sekiranya anda biasa menggunakan cawan kecil untuk menyukat penggunaan sabun, ketahuilah bahawa cawan tersebut hanyalah dipenuhi dengan bahan "filler" yang tidak aktif untuk menambah isipadu sabun tersebut agar kelihatan banyak. Dalam erti kata lain, ianya seumpama hampas yang tidak ada fungsi selain memenuhi ruang yang kosong. Jika tidak dibilas dengan betul, hampas ini akan terlekat di baju anda dan itulah yang menjadi penyebab ruam dan alahan kulit. Selain daripada itu, sabun yang dikategorikan "murah, banyak dan buih melimpah" juga cepat berbau busuk dan berlendir jika pakaian direndam terlebih lama. Bila dibilas, baunya hapak dan bajunya berkdut setelah kering. Inilah hakikatnya yang kebanyakan pengguna mengalami tetapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Pengguna sebenarnya ada pilihan yang lebih baik cuma mereka barangkali tidak mengatahuinya kerana produk yang betul-betul elok biasanya dijual melalui syarikat "Multi Level Marketing" yang mana sebahagian besar masyarakat kita kurang berminat jika dibanding dengan mereka yang membeli di kedai runcit dan pasaraya.

 Biasanya produk yang betul-betul bernilai tinggi jarang diiklankan dan tak banyak yang berjaya memasuki pasaraya dan kedai runcit disebabkan persaingan yang sengit. Perlu diingatkan bahawa syarikat-syarikat besar yang iklan mereka saban hari kita lihat di kaca televisyen sudah berusia lebih daripada seratus tahun dan jenamanya sudah sebati dengan pemikiran para pengguna. Kuasa pengiklanan memainkan peranan yang besar dan syarikat-syarikat tersebut memperuntukkan berpuluh juta ringgit setahun untuk mengiklankan produk mereka serta memasarkannya ke seluruh Negara secara besar-besaran.

Cuba kita renungkan, apakah susah sangat untuk pengguna mendapatkan produk yang betul-betul memberikan nilai yang maksima? Apakah mereka perlu terus menerus bergantung kepada jenama asing sahaja? Apakah mereka perlu terus-menerus mengamalkan pembaziran apabila terpaksa mengamalkan apa yang disarankan oleh syarikat-syarikat besar tersebut?

Tentu sama sekali tidak, bahkan pengguna boleh mendapat nilai yang jauh lebih tinggi dengan menggunakan produk anak tempatan yang telah terbukti keberkesanannya. Malah, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan apabila memasarkan produk BioSinar, serbuk pencuci serbaguna yang menakjubkan dan terbukti keberkesanannya!

0 comments:

Post a Comment